Sunday, August 22, 2010

Kata Hikmat!

Kongsi

kata-kata umar ra

Untuk Paparan terbaik : KLIK

siapa tak kenal dengar Amirul Mukminin Abu Hafshin Saidina Umar Al-Khattab RA yang popular dengan kegagahan dan kepewiraannya ,sehinggakan beliau mampu berhijrah dengan tanpa rasa sedikit takut pun bahkan, beliau mewar-warkan penghijrahan beliau dengan kata-kata yang mashur :

“Esok selepas subuh, aku akan keluar berhijrah ke Madinah, barangsiapa yang mahu anaknya kehilangan bapa, Isterinya kehilangan Suami, maka datanglah halangi aku!”

Setiap ulamak yang menulis kitab pastinya akan meletakkan hadis ahad yang bersanadkan Umar dihadapan kitab mereka, bahkan hadis “ Innamal a`malu bin niyyat” dijadikan hadis utama dalam agama Islam…

Walaupun beliau amat dikenali disepanjang zaman oleh kawan dan musuh, namun sifat Sufi Jundi yang ada pada jiwanya menjadikan dirinya mulia dan terpuji….

saya amat tersentuh dengan kata-kata beliau :

“ Tiada kemuliaan bagiku, selain aku diberi hidayah memeluk agama Islam..”

p/s: terima kasih kepada rakan saya , Nurul Atiqah Azahari kerana menukilkan kata-kata indah ini di status FB beliau :) mungkin jika anda ingin mengenali beliau dengan lebih dekat , bolehlah layari blog beliau : CHenta Maneesku

0 comments:

Post a Comment