Sunday, August 29, 2010

Hamba

Kongsi
HAMBA

 

lihat kualiti terbaik : link

design kali ini ada sedikit ulasan..

sebenarnya kata-kata yang ditulis oleh penulis ini adalah :

Ya Allah..
Hari ini aku melakukan dosa
Di pandangan-Mu
Aku malu
Aku Hina
Berhadapan dengan-Mu
Aku hamba yang tidak bersyukur
Tidak tahu menghargai pencipta-Nya
Tegar melakukan dosa yang sama berulang kali
Malunya aku ya Allah
untuk menadah doa
memohon secangkir kasih
selautan ampunan-Mu
kerana kurasa bagai diri ini
tiadalah layak untuk meminta
apatah lagi menerima
Hatiku kotor
Jiwaku sempit
Dadaku sesak
Tenangkan aku Ya Allah..
Tenangkanlah aku dengan keampunan-Mu
Aku tidak ingin berbuat dosa lagi....
Engkau mengetahui segala isi hati
Engkau memahami apa yang tidak orang lain mengerti
Jangan biar aku ragu
Lindungilah aku
Lindungilah aku
Lindungilah aku..........................

kalau korang perasan, perkataan yang aku bold kan tu tidak terdapat dalam design, kenapa? adakah aku mahu ikut kepala sendiri sahaja? atau aku tidak amanah dalam menukilkan kalam?

aku akan cari masa jelaskannya…

huhhuhu tapi aku mmg kagum kat penulis ni, tulisan-tulisan beliau amat menusuk kalbu :)

nak kenal lebih dekat dengannya ? : klik

0 comments:

Post a Comment