6 & 7 April 2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat ( DPMD )telah mengadakan sebuah pengisian ilmu yang telah diwajibkan kepada semua pelajar-pelar baru Universiti Al-Azhar. Kolokium perdana ini berbentuk bedah 2 kitab ( maza yakni & thaqafah Ad-daiah ) dan juga perbentangan 4 kertas kerja yang bermatlamatkan persediaan gerakan Islam.
program yang serba ringkas dan padat ini amat menggembirakan pada awalnya kerana dihadiri majoriti dari para pelajar baru namun di sesi akhir hanya berbaki 18 orang sahaja yang tinggal. namun usaha dan kesungguhan pihak PMRAM mengadakan program sebegini amatlah dihargai.
pada pendapat peribadi saya sendiri pula, program ini amat bagus, cuma cara pendedahan yang diberikan itu, kebanyakan boleh menyebabkan keretakan dalam masyarakat. Seperti masalah Wahabi yang ditimbulkan oleh kebanyakan penceramah dan sebagainya.
walaupun sedemikian, 80% dari pembentangan adalah amat mantap sekali. Para peserta memberikan komitmen yang mantap dalam setiap sesi cuma, kadang-kadang kelihatan mereka menahan mengantuk kerana berusaha bagun untuk berqiamullail di pagi 7 April namun tidak kesampaian.
0 comments:
Post a Comment