Saturday, May 29, 2010
Wednesday, April 7, 2010
KOLOKIUM ILMUAN SIRI 1 & 2
6 & 7 April 2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat ( DPMD )telah mengadakan sebuah pengisian ilmu yang telah diwajibkan kepada semua pelajar-pelar baru Universiti Al-Azhar. Kolokium perdana ini berbentuk bedah 2 kitab ( maza yakni & thaqafah Ad-daiah ) dan juga perbentangan 4 kertas kerja yang bermatlamatkan persediaan gerakan Islam.
program yang serba ringkas dan padat ini amat menggembirakan pada awalnya kerana dihadiri majoriti dari para pelajar baru namun di sesi akhir hanya berbaki 18 orang sahaja yang tinggal. namun usaha dan kesungguhan pihak PMRAM mengadakan program sebegini amatlah dihargai.
pada pendapat peribadi saya sendiri pula, program ini amat bagus, cuma cara pendedahan yang diberikan itu, kebanyakan boleh menyebabkan keretakan dalam masyarakat. Seperti masalah Wahabi yang ditimbulkan oleh kebanyakan penceramah dan sebagainya.
walaupun sedemikian, 80% dari pembentangan adalah amat mantap sekali. Para peserta memberikan komitmen yang mantap dalam setiap sesi cuma, kadang-kadang kelihatan mereka menahan mengantuk kerana berusaha bagun untuk berqiamullail di pagi 7 April namun tidak kesampaian.
Tuesday, December 15, 2009
Rehlah Ra`su Bar
Raksu bar ( kepala darat ) terkenal dengan pertemuan 2 laut yang di catat di dalam Al-Quran sepertimana yang tercatat didalam Al-Quran :
ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
(Ar-Rahman ;19 )
Pada jumaat 11 Disember 2009, kumpulan usrah ana dan usrah ustaz rifa`ie telah mengadakan rehlah kesana . Disamping melihat kehebatan ciptaan Allah SWT, Rehlah yang julung-julung kali ini diadakan adala untuk menenangkan minda bagi persediaan imtihan yang akan tiba pada 16 januari 2010 nanti.
persediaan untuk ke Ra`su Bar telah dibuat seawal malam khamis lagi, kami berbincang tentang aktiviti dan makanan yang akan dibawa. setelah bersepakat, kami bersetuju untuk memasak mee goreng dan ubi kentang, maka bermulalah episod pencarian bahan-bahan yang memakan masa sehingga lewat pagi jumaat. bahkan yang lebih melucukan lagi, ana terpaksa menunggu makaronah (spegeti) dimasak sehingga lembu. seingat ana, ana baru boleh melelapkan mata pada jam 2 pagi.
selepas subuh jumaat, semua ahli usrah berkumpul dirumah ana untuk memasak mee goreng. setelah siap, kami berkumpul sekali lagi di markas dan terus menuju ke tempat yang diimpikan…
dalam perjalanan, kami melihat kehebatan Allah SWT dibumi mesir ini. jika dulu di malaysia, kami membayangkan mesir adalah bumi padang pasir maka persepsi kami itu telah tersilap sama sekali. di sekitar bumi dumyat ini penuh dengan kehijauan tumbuhan, keindahan rumah yang tersergam dan kebersihan yang ana rasakan lebih baik dari malaysia…
inilah sedikit gambar yang dapat dikongsi bersama…