Monday, August 30, 2010

Melodi Cinta

Kongsi

melodi cinta

untuk paparan terbaik :klik

design kali ini sebenarnya merupakan status facebook ukhti nurina izzati , dan aku buat desing ni time dekat2 nak asar, skunk dah asar.. hahahaha solat dulu!!!

Sunday, August 29, 2010

Hamba

Kongsi
HAMBA

 

lihat kualiti terbaik : link

design kali ini ada sedikit ulasan..

sebenarnya kata-kata yang ditulis oleh penulis ini adalah :

Ya Allah..
Hari ini aku melakukan dosa
Di pandangan-Mu
Aku malu
Aku Hina
Berhadapan dengan-Mu
Aku hamba yang tidak bersyukur
Tidak tahu menghargai pencipta-Nya
Tegar melakukan dosa yang sama berulang kali
Malunya aku ya Allah
untuk menadah doa
memohon secangkir kasih
selautan ampunan-Mu
kerana kurasa bagai diri ini
tiadalah layak untuk meminta
apatah lagi menerima
Hatiku kotor
Jiwaku sempit
Dadaku sesak
Tenangkan aku Ya Allah..
Tenangkanlah aku dengan keampunan-Mu
Aku tidak ingin berbuat dosa lagi....
Engkau mengetahui segala isi hati
Engkau memahami apa yang tidak orang lain mengerti
Jangan biar aku ragu
Lindungilah aku
Lindungilah aku
Lindungilah aku..........................

kalau korang perasan, perkataan yang aku bold kan tu tidak terdapat dalam design, kenapa? adakah aku mahu ikut kepala sendiri sahaja? atau aku tidak amanah dalam menukilkan kalam?

aku akan cari masa jelaskannya…

huhhuhu tapi aku mmg kagum kat penulis ni, tulisan-tulisan beliau amat menusuk kalbu :)

nak kenal lebih dekat dengannya ? : klik

Sunday, August 22, 2010

Kata Hikmat!

Kongsi

kata-kata umar ra

Untuk Paparan terbaik : KLIK

siapa tak kenal dengar Amirul Mukminin Abu Hafshin Saidina Umar Al-Khattab RA yang popular dengan kegagahan dan kepewiraannya ,sehinggakan beliau mampu berhijrah dengan tanpa rasa sedikit takut pun bahkan, beliau mewar-warkan penghijrahan beliau dengan kata-kata yang mashur :

“Esok selepas subuh, aku akan keluar berhijrah ke Madinah, barangsiapa yang mahu anaknya kehilangan bapa, Isterinya kehilangan Suami, maka datanglah halangi aku!”

Setiap ulamak yang menulis kitab pastinya akan meletakkan hadis ahad yang bersanadkan Umar dihadapan kitab mereka, bahkan hadis “ Innamal a`malu bin niyyat” dijadikan hadis utama dalam agama Islam…

Walaupun beliau amat dikenali disepanjang zaman oleh kawan dan musuh, namun sifat Sufi Jundi yang ada pada jiwanya menjadikan dirinya mulia dan terpuji….

saya amat tersentuh dengan kata-kata beliau :

“ Tiada kemuliaan bagiku, selain aku diberi hidayah memeluk agama Islam..”

p/s: terima kasih kepada rakan saya , Nurul Atiqah Azahari kerana menukilkan kata-kata indah ini di status FB beliau :) mungkin jika anda ingin mengenali beliau dengan lebih dekat , bolehlah layari blog beliau : CHenta Maneesku

Thursday, August 19, 2010

Untuk Cinta-Nya 2

Kongsi

untuk cintanya 2

untuk paparan terbaik : KLIK

design pertama tak berapa disukai ramai.. heheheh so, aku buat satu lagi .. :)

untuk cinta-Nya

Kongsi

untuk cintanNya

dapatkan kualiti terbaik : klik

sebenarnya aku tak berapa puas hati dengan design kali ni sebab aku tak dapat cari gambar muslimah yang cantik dan namapak betul2 kemuslimahannya..

Picture0045 anna_250_resize husna_250_resize

ha… ni gambar muslimah yang cantik tapi pixel dia terlalu kecik,… xsesuai buat design.. huhuhu

tapi, nak buang sayang.. so, aku uploadlah, mungkin kalau aku jumpa gambar muslimah lain dan pixelnya besar, aku akan design skali lagi… sebab sajaknya sedap :)

latar belakang sajak ni : ditulis selepas penulisnya Nurina Izzati memberi komentar berkenaan sebuah buku yang dibacanya, kalau nak tahu apa yang dikomentarkan,,, sila klik link ini : Kalbu Muslimah

Wednesday, August 18, 2010

Al-An`am ;162

Kongsi

al-anam;162

dapatkan kualiti terbaik : Klik

Kanak-Kanak

Kongsi

27199_113473428680388_100000531948253_172578_7797369_n

kenapa orang suka sangat tangkap gambar kanak-kanak?

mungkin itu antara persoalan yang belum pernah bermain difikiran kita tapi kita selalu melakukannya,

kanak-kanak mempunyai raut muka yang begitu suci kerana belum pernah lagi membuat dosa dan belum ada lagi pengalaman hidup.

mereka tak perlu fikir apa nak makan, macam mana nak dapatkan duit? nak kaya ker nak miskin? caci maki owg nak layan ker tak?…. hidup mereka cukup2 mudah.. dan mereka sentiasa comel walaupun tengah berak, tengah menyusu, tengah mandi, tengah makan, tengah menangis dan segalanya, yang pastinya berbeza dengan orang dewasa :)

oleh itu, pelajarilah bagaimana mahu menjadi seperti kanak2!!

We Will Not Go Down

Kongsi

palestin

untuk paparan terbaik, sila klik : Album Facebook Syihab

We Will Not Go Down adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Micheal Heart bertemakan penderitaan penduduk palastin yang dijajah , dibunuh dan dihalau dari kampung halaman mereka sendiri..

lagu We Will Not Go Down sendiri mempunyai sejarahnya, permulaan lirik itu ditulis oleh micheal heart, beliau ingin menjualnya, bahkan sudah ada penyanyi yang mahu membeli lirik tersebut dengan harga yang cukup-cukup tinggi.. namun, beliau rasa bersalah untuk menjual lirik tersebut, lantas beliau sendiri yang menyanyikannya…

ternyata keikhlasannya betul-betul menyentuh hati setiap orang yang mendengar lagu tersebut…

Design ini pula, dibuat dari aspirasi sajak tulus ikhlas seorang kawan saya yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang.. Nurul Atiqah binti Azahari, ataupun nama penanya , Ieqa sweatluv..

sajak ini dinukilkan didalam blog beliau saat Kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang…

jujurnya, saya amat tersentuh membaca artikel beliau..

Abbas As-Sisi

Kongsi

abbas assisi

dapatkan kualiti terbaik : http://www.facebook.com/photo.php?pid=31039033&l=e30be90e7c&id=1023175764

kata-kata ini saya ambil dari status Facebook  Ustaz Muzakkir pada 8 Ramadhan 1431H.. ianya adalah kenangan kewafatan As-Syeikh Abbas As-Sisi pada 8 Ramadhan 1425 H…

Untuk mengetahui peribadi syeikh Abbas As-sisi yang terkenal dengan buku “ bagaimana Menyentuh Hati?”.. silalah klik di link ini .. Tarbiah Pewaris

Tuesday, August 17, 2010

Monday, August 16, 2010

Imtihan Qabul 2010

Kongsi

imtihan qabul

Saturday, August 14, 2010

Al-Jazary

Kongsi

design

Galeri Feqah Ramadhan

Kongsi

feqah ramadhan siwak sunat lambatkan sahur syurga orang berpuasa TAK SENGAJA MAKAN bersetubuh cara RAsulullah berbuka haid , istihadhah, nifas hukum mengekuarkan mani hukum orang tak mampu berpuasa keistimewaan ganjaran puasa lailatul qadr Ramadhan bulan ampunan siapakah yang diharamkan dari berpuasa

Thursday, August 12, 2010

Hadiah Orang Bertaqwa

Kongsi

Hadiah Allah bagi orang bertaqwa